Sabtu, 27 Februari 2010
Sabtu, 13 Februari 2010
Mawaddah Camp by MISI Club IIUM & TKO Global
Sabtu, 6 Februari 2010
Program Kebajikan ‘Loving is Caring’
Program : Program Kebajikan ‘Loving is Caring’
Penganjur : Exco Kesukarelaan, Kebajikan & Kerohanian Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran USM
Lawatan Ke Melaka
PROGRAM : LAWATAN KE MELAKA
PENGANJUR : PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH
Program Khidmat Komuniti
Program : Program Khidmat Komuniti
Kehadiran 52 anggota penjara dari 5 daerah bersama 9 orang yang diparol (ODP) memeriahkan program komuniti ini bersama pelajar2 di sini. Semuanya bersama2 bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar. Antara khidmat yang disumbangkan seperti:-
Jemputan Pelajar / Penghuni Baru
MENJEMPUT PELAJAR BARU 2010 (ANAK YATIM) UNTUK TINGGAL DI PUSAT JAGAAN UMMU SOFIAH
Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah ingin menjemput anak-anak yatim dari daerah-daerah yang berdekatan untuk tinggal di sini yang beralamat No.1, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyior, 34800 Trong, Perak.
2. Untuk pengetahuan, pusat kami adalah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat 1499-08-PRK). Di sini kami sedia menampung semua perbelanjaan pendidikan, makan-minum, pakaian dan sara hidup sepanjang tinggal di sini.
Majlis Mesra Aidilfitri Pangkalan TLDM LUMUT
Penganjur : PV Pelanduk (TLDM Lumut)
Sumbangan peribadi duit raya daripada Menteri Besar Perak
Sumbangan ini juga turut diterima oleh kira-kira 30 buah pertubuhan/asrama anak yatim sekitar negeri Perak. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Pejabat Menteri Besar, Aras 2 Bangunan S.U.K. Negeri Perak.
Pihak asrama mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan tersebut.
Berbuka Puasa Mahasiswa & Penyampaian Wang Wakat UniKL MIMET
Program = Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa dan penyampaian wang zakat UniKL MIMET
Penganjur = UniKL MIMET
Berbuka puasa di Pusat Latihan Penjara, Taiping
Program = Berbuka Puasa Bersama Warga Pusat Latihan Penjara Taiping
Penganjur = Warga Pusat Latihan Penjara Taiping
Berbuka puasa bersama warga LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.
Program = Berbuka puasa bersama warga LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.
Penganjur = LSG Sky Chefs Brahim Sdn. Bhd.
Berbuka Puasa Bersama Warga Telekom Malaysia
Program = Berbuka Puasa Bersama Warga Telekom Malaysia
Penganjur = Warga Telekom Malaysia
Program dimulakan dengan sedikit tazkirah atau ucapan kepada semua yang hadir dan juga pelajar-pelajar di sini oleh seorang ustaz dari warga Telekom Malaysia. Acara diteruskan lagi dengan bacaan tahlil sambil menunggu untuk berbuka puasa. Kami berbuka puasa dengan kurma dan kueh-mueh melayu. Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Kami menyambung menikmati juadah berbuka puasa dengan nasi berlauk yang disediakan khas oleh tukang masak bersama ibu Faridah iaitu pengetua Ummu Sofiah dan anak-anak yatim yang lain.
Program diteruskan dengan ucapan oleh tuan pengerusi majlis dan pengarah program berbuka puasa yang sedang dijalankan. Ibu Faridah juga dijemput untuk menyampaikan sedikit ucapan mengenai Pusat Jagaan Anak-anak Yatim ummu Sofiah untuk pengetahuan semua yang hadir.
Seperti biasa penyampaian sumbangan daripada warga Telekom Malaysia kepada pelajar-pelajar Ummu Sofiah dilakukan dan juga kepada Ibu Faridah dan En. Karim untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan anak-anak yatim Ummu Sofiah.
Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Isyak dan bertarawihbersamna-sama sebelum program berakhir. Program berakhir pada pukul 10.30 malam dan warga Telekom Malaysia berangkat pulang.
Berbuka puasa di Taiping Golf Resort, Bukit Jana
Program = Berbuka Puasa di Taiping Golf Resort, Bukit Jana
Penganjur = Taiping Golf Resort
Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh pihak Taiping Golf Resort untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di hotel mereka. Kami bertolak dengan menaiki 3 buah van pusat ke hotel mereka dan diberi kunci bilik untuk kami beristirehat sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Kami dibawa ke dewan banquet 10 minit sebelum berbuka puasa yang mana semuanya telah siap sedia. Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib dan terus menyambung makan hingga kenyang.
Ucapan alu-aluan dimulakan oleh pihak hotel dan acara penyampaian sumbangan dimulakan kepada setiap anak yatim yang hadir. Majlis berakhir dengan acara menangkap gambar beramai-ramai bersama dengan pihak Taiping Golf Resort.
Majlis berakhir dan kami dihantar ke bilik masing-masing untuk beristirehat dan tidur. Keesokannya kami sekali lagi dijamu dengan majlis bersahur beramai-ramai di dewan yang disediakan dan solat sbuh berjemaah.
Kira-kira pukul 9 pagi kami bersiap-siap dan berkemas untuk pulang ke Pusat.
Jamuan berbuka puasa bersama khariah surau Batu 9, Trong.
Tarikh = 28hb Ogos, 2009
Program = Jamuan berbuka puasa bersama khariah surau Batu 9, Trong.
Penganjur = Khariah surau Batu 9, Trong.
Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh Khariah surau Batu 9, Trong untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di tempat mereka. Kami telah dijemput oleh bas yang dibayar oleh mereka khas untuk menjemput kami terus ke Batu 9. Kami disambut dengan senyuman yang lebar oleh mereka. Kami sampai ke destinasi pada jam 7.10 pm.
Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Antaranya adalah kueh mueh melayu, nasi minyak, sup daging, ayam goreng, asam tomato dan sebagainya.
Semasa berbuka kami dihadiahkan buah tangan setiap orang dan sedikit sumbangan daripada khariah surau. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib berjemaah. Sedikit lagi penyampaian sumbangan dilakukan oleh wakil khariah surau bagi pihak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Setelah itu kami beramai-ramai menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah. Majlis berakhir dalam kira-kira pukul 10.00 malam dan kami semua dihantar pulang.
Berbuka Puasa Bersama Warga Taiping Medical Centre Dan Akhbar Sinar
Tarikh = 26hb Ogos, 2009
Program = Jamuan berbuka puasa bersama warga Taiping Medical Centre dan Akhbar Sinar.
Penganjur = Taiping Medical Centre
Kami warga Ummu Sofiah telah menerima kunjungan warga Taiping Medical Centre bersama dengan wakil akhbar sinar untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis berbuka puasa di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah. Pada hari tersebut kami mendapat ‘sponsor’ istimewa daripada KFC sebagai juadah istimewa kami selain makanan-makanan yang lain seperti kueh-mueh melayu, ikan kayu masak pedas, nasi, air cordial, sayur campur dan sebagainya.
Setelah berbuka kami beramai-ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan menyambung kembali menikmati juadah berbuka puasa. Sambil berbuka beberapa anak yatim Ummu Sofiah telah ditemuramah oleh wakil akhbar sinar.
Majlis berakhir dengan acara menangkap gambar beramai-ramai bersama dengan warga Taiping Medical Centre.
Jamuan berbuka puasa di TLDM (BERNAMA)
Tarikh = 25hb Ogos, 2009
Program = Jamuan berbuka puasa di TLDM (BERNAMA)
Penganjur = TLDM (BERNAMA)
Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh pihak TLDM (BERNAMA) untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di tempat mereka. Kami telah dijemput oleh bas yang dibayar oleh mereka khas untuk menjemput kami terus ke pangkalan TLDM. Kami dibawa di kawasan BERNAMA (TLDM) yang mana semuanya telah siap sedia. Kami sampai ke destinasi pada jam 7.10 pm.
Kami disambut oleh pihak BERNAMA dan dibawa terus ke tempat makan untuk berbuka puasa. Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib dan terus menyambung makan hingga kenyang.
Penyampaian nyanyian nashid dilakukan oleh pelajar-pelajar Ummu Sofiah untuk menyerikan lagi majlis. Setelah itu penyampaian sumbangan disumbangkan oleh wakil BERNAMA kepada para pelajar. Majlis berakhir dengan acara menangkap gambar beramai-ramai bersama dengan pihak BERNAMA. Majlis berakhir dan kami dihantar pulang pada pukul 10.00 pm.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.
Tarikh = 24hb Ogos, 2009
Program = Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.
Penganjur = Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.
Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh pihak Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut untuk sama-sama menyertai majlis berbuka puasa di hotel mereka. Kami telah dijemput oleh bas pihak Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut sendiri.oleh kerana bilangan kami yang terlalu ramai, kami membawa van Ummu Sofiah untuk sama-sama menyertai majlis tersebut. Kami sampai ke destinasi pada jam 7.10 pm.
Kami disambut dengan meriah oleh pihak hotel dan dibawa terus ke dewan makan untuk berbuka puasa. Pelbagai juadah berbuka puasa disediakan dan kami boleh memilih untuk makan apa sahaja makanan yang terdapat di dewan tersebut. Setelah berbuka puasa kami menunaikan solat Maghrib dan terus menyambung makan hingga kenyang.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan oleh pihak Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Sebelum dihantar pulang kami bergambar beramai-ramai dengan pihak Hotel Swiss-Garden Golf Resort & Spa Damai Laut. Kami bergerak pulang pada pukul 10.00 pm dan majlis berakhir.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pihak Hotel Seri Malaysia
Tarikh = 22hb Ogos, 2009
Program = Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Hotel Seri Malaysia,
Taiping, Perak
Penganjur =
Kami warga Ummu Sofiah telah dijemput oleh pihak
Antara aturcara majlis ialah:
7.00 pm = Ketibaan tetamu jemputan
7.10 pm = Ketibaan warga Ummu Sofiah
7.27 pm = Berbuka puasa
= Azan Maghrib
= Solat Maghrib
7.45 pm = Makan malam
8.45 pm = solat Isyak
= Terawih
9.45 pm = Ucapan pengurus besar (Tuan Haji Mohd Arif Bin Haji Maidin)
10.00 pm = Penyampaian sumbangan
= Tamat
Antara juadah berbuka puasa yang disajikan ialah:
PEMBUKA SELERA
Ulam-ulam kampung
Sambal belacan
Kerabu
Telor masin
Keropok & papadom
HIDANGAN UTAMA
Nasi Putih
Mee goreng mamak
Ikan kukus buah asam
Ayam percik Kelantan
Udang masak rendang pedas
Sotong masak kicap
Kalian dan cendawan goring
HIDANGAN BERBUKA PUASA
Buah kurma
Cucur udang kampong
Koey teow Th’ng
Kueh melayu
Buah-buahan
Minuman kordial
Projek Khidmat Masyarakat Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan
- Sesi perkenalan
- Ucapan perasmian oleh guru pengiring
- LDK tentang kesedaran Sivik dan Kewarganegaraan
- Pembentangan dalam kumpulan
- Ucapan penutup oleh ibu Faridah
- Penyampaian sumbangan
- Makan tengahari
- bersurai
Majlis kesyukuran
Tarikh = 10hb Julai, 2009
Program = Majlis Kesyukuran
Penganjur = Hamba Allah
Majlis kesyukuran telah diadakan di rumah pasangan suami isteri di Manjung yang menjemput pelajar dari pusat jagaan ini untuk makan tengahari dan memeriahkan majlis tersebut. Kami bertolak ke destinasi dengan menaiki 3 buah van bersama dengan pengiring. Kami bertolak selepas pelajar pulang dari sekolah pada pukul 12.00 tengahari. Dalam perjalanan kami singgah untuk memberi peluang kepada kaum lelaki menunaikan solat Jumaat dan selepas itu kami meneruskan perjalanan.
Di majlis tersebut kami telah disambut dengan meriah oleh tuan rumah dan terus menjamu selera. Selesai makan kami masing-masing diberi cenderahati setiap seorang sebagai tanda penghargaan. Sebelum pulang kami menangkap gambar kenangan bersama dengan tuan rumah yang cantik berpakaian hijau. Kami juga menerima sumbangan daripada tuan rumah dan bertolak pulang pada pukul 4 petang.
Program Makan durian
Tarikh : 4hb Julai, 2009
Program : Program makan durian
Penganjur : Forumer Tranungkite.net, tkodaily.net, utaraonline.net dan
detikdaily.net
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:-
a) Makan durian beramai-ramai
b) Majlis suai kenal
c) Makan tengah hari bersama-sama
d) Gotong-royong
e) Mandi di air terjun
f) Sumbangan
Program Khidmat Masyarakat IPGM Ipoh
Tarikh = 28/5/2009
Program = Program Khidmat Masyarakat
Penganjur = Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh.
Kedatangan guru-guru atau pelajar-pelajar KSPK TESL dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh dengan menaiki sebuah bas disambut baik oleh kami dan pelajar-pelajar pusat jagaan. Sesi perkenalan bermula antara kakitangan pusat jagaan dengan pelajar-pelajar KSPK TESL seramai 15 0rang orang dengan diketuai oleh pengurus lawatan Cik Saravana Devi A/P Alagumalai. Sedikit taklimat kecil diberikan sebagai permulaan mengenai Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah dan pelajar-pelajar di sini.
Pada pukul 3.30 petang setelah semua pelajar pusat jagaan pulang dari sekolah, aktiviti diteruskan lagi dengan pengumpulan semua yang terlibat di dewan pusat jagaan ini. Para pelajar KSPK TESL memperkenalkan diri masing-masing kepada semua yang hadir dan begitu juga pelajar-pelajar kami dari pusat jagaan ini.
Seterusnya pengajaran origami dilakukan oleh pelajar KSPK TESL kepada pelajar-pelajar kami dalam bermesra dan merapatkan diri dengan pelajar-pelajar kami. Setelah itu sedikit taklimat dan nasihat diberikan oleh pengiring pelajar KSPK TESL iaitu pensyarah mereka yang turut serta dalam program ini.
Tujuan program ini dibuat adalah supaya para pelajar KSPK TESL dapat mengaplikasikan teori behaviourism dan mempraktikkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang telah dipelajari. Di samping itu, para pelajar KSPK TESL akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dan menimba pengalaman tentang teknik mengawal emosi diri bersesuaian dengan keadaan persekitaran di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah.
Akhir sekali majlis penyampaian sumbangan dilakukan di dewan kepada penjaga pelajar-pelajar pusat jagaan ini untuk keperluan semasa pelajar-pelajar Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah. Sedikit minuman petang disediakan sebelum pengakhiran program dan pelajar-pelajar KSPK TESL berangkat pulang pada pukul 5.00 petang.
Bantuan Segera Diperlukan
Segala puji bagi Allah, Pemelihara sekelian alam. Salam sejahtera kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang sudi mengunjungi blog ini semoga dirahmati Allah S.W.T. Dengan rasa rendah hati, pihak kami ini memohon daripada Tuan-tuan dan Puan-puan yang budiman sedikit sumbangan dan bantuan sekadar termampu supaya kami dapat membaik-pulih asrama kami yang semakin uzur.
Segala jasa baik Tuan-tuan dan Puan-puan semua hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya dan pihak kami akan sentiasa berdoa agar anda semua diberkati Allah Yang Maha Esa.
Diantara keperluan kami yang agak mendesak ialah:-
· Penambahbaikan bilik air
Pusat jagaan ini memerlukan sebuah bilik mandi yang luas dan selesa untuk pelajar di sini. Bilik air yang sedia ada mempunyai 5 buah tandas, 2 kolah air yang besar dan sederhana besar, 2 pemancut air dan sinki yang tidak digunakan.
Tandas yang sedia ada tidak dapat digunakan kerana tidak ada paip di dalamnya dan lubang tandas yang kotor dan pecah. Terdapat juga tandas yang tidak berpintu dan rosak kuncinya. Hanya 2 buah tandas sahaja yang boleh digunakan dan perlu menunggu giliran untuk menggunakannya. Agak payah untuk membuang air kecil dan besar di mana memerlukan kawan untuk menjaga pintu sehingga selesai menggunakannya.
Kolah air yang besar dan jarang sekali dicuci, menyebabkan tumbuhnya lumut di tepi kolah dan habuk kotor berkumpul di dasar. Bilik air ini hanya mempunyai 2 pemancut air sahaja yang mana tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Kebanyakan mereka mandi dengan menggunakan air kolah secara beramai-ramai.
Keadaan sinki yang rosak digunakan untuk mengumpul pakaian pelajar-pelajar yang basah dan berselerak di lantai. Sikap pelajar yang tidak mengendahkan pakaian mereka mengundang bau yang busuk di dalam bilik air dan ditambah pula dengan tong sampah yang penuh dan tidak dibuang isinya. Bilik air ini menjadi sesak dan sempit apabila digunakan di waktu kemuncak yang mana ada yang mandi, membasuh kain dan lain-lain.
Oleh itu bilik air perlu diperbaiki, ditambah kemudahan dan diperluaskan lagi supaya para pelajar di sini mempunyai bilik mandi yang sempurna, tandas yang sempurna, sinki, dan tempat membasuh kain yang diasingkan dengan tempat mandi.
Tambahan:
Bilik air menjadi kotor dan berbau kerana kurangnya penjagaan oleh pelajar-pelajar di sini. Mereka kurang berdisiplin dan tidak mengikut jadual tugasan yang telah ditetapkan. Mereka perlu selalu diberi tunjuk ajar tentang disiplin dan kebersihan kawasan. Mereka juga perlu dipantau selalu dalam menyiapkan tugasan-tugasan mereka dalam penjagaan bangunan dan kawasan.
Daripada pemerhatian saya, kakitangan di sini tidak mencukupi untuk selalu memantau pelajar-pelajar di sini dalam soal disiplin dan penjagaan diri. Pusat jagaan ini tidak cukup kakitangan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan, penjagaan premis dan mencantikkan kawasan iaitu pekebun. Selama ini penjagaan kawasan dan pembersihan premis dilakukan secara gotong-royong dan kerjasama antara para pelajar dan kadang kala dilakukan oleh orang luar yang datang menyumbangkan khidmat bakti sukarela dalam pembersihan kawasan sekitar.
Untuk pembersihan harian seperti pembersihan bilik air, pembuangan sampah dan sisa makanan dilakukan oleh pelajar-pelajar mengikut jadual. Oleh kerana tiada cukup kakitangan untuk memantau tugasan harian mereka dalam soal pembersihan dan disiplin, tugasan mereka tidak disempurnakan dengan betul terutama pelajar-pelajar sekolah rendah yang lebih suka melakukan hal masing-masing dan suka bermain. Teguran dan suruhan penjaga dan kakitangan lain tidak diendahkan dan hanya diikuti pada waktu itu sahaja.
Contohnya pembuangan sisa makanan di dalam tong sampah yang disediakan tidak dibuang di dalam tong sampah tetapi dibiarkan bertakung di dalam sinki sehingga tersumbat Walaupun tong sampah disediakan, sisa makanan tidak dimasukkan dengan betul ke dalam tong sampah dan sisa bertaburan di sekeliling tong sampah. Tong sampah yang penuh juga tidak dibuang dan dibersihkan sehingga berulat. Ini mengundang vector seperti lalat yang boleh membawa penyakit dan memudaratkan. Di sini jelas menunjukkan bahawa para pelajar tiada sikap bekerjasama dan lepas tangan di mana mereka masing-masing mengharapkan orang lain yang melakukannya. Kalau ada yang membersihkannya hanya pelajar-pelajar yang sama sahaja.
Penjaga dan kakitangan yang sedia ada tidak boleh untuk melihat dan menjaga perangai mereka seorang demi seorang dan memastikan setiap pelajar melakukan tugasan masing-masing pada setiap hari kerana masih mempunyai kerja lain untuk dilaksanakan dalam soal penjagaan dan pengurusan pelajar-pelajar di sini.
Berikut adalah keadaan sebenar bilik air yang tidak sempurna penjagaannya dan memerlukan perhatian untuk dibaiki:-
· Keselesaan bilik tidur
Pusat jagaan ini mempunyai 6 buah billik tidur yang berlainan saiz. 3 buah bilik berada di tingkat atas dan 3 buah lagi di tingkat bawah. Bilik tidur mereka tidak sempurna dan banyak kekurangan dari segi keperluan dan keselesaan mereka untuk belajar dan tidur. Keadaan bilik tidur yang tidak sempurna memberi kesan kepada kehidupan mereka seharian.
Keadaan di bilik tidur mereka perlu diperbaiki untuk keselesaan mereka terutama di bahagian siling yang pecah dan bocor dan tingkap yang pecah. Keadaan tingkap bilik mereka yang tidak bercermin dan berlangsir menyusahkan mereka terutama apabila hujan dimana tempias air hujan mengenai katil mereka dan menjadi basah.
Bilik masing-masing kekurangan perabot seperti almari pakaian, meja belajar, tempat sangkut pakaian, almari cermin, rak buku dan lain-lain. Almari yang digunakan kebanyakannya sudah rosak dan tiada pintu. Mereka juga terpaksa berkongsi almari untuk menyimpan pakaian, buku-buku dan barangan peribadi. Ini menyukarkan mereka apabila kehilangan dan kerosakan barangan peribadi kerana tempat penyimpanan yang terhad.
Setiap orang memerlukan ruangan yang cukup untuk diri mereka dan barangan mereka. Mereka langsung tidak ada meja belajar di dalam bilik mereka untuk mereka belajar sendiri dan mengulang kaji pelajaran kerana ruangan yang bilik yang terhad. Barangan makanan seperti beras juga diletakkan di dalam bilik mereka kerana ruang penyimpanan barangan makanan juga tidak mencukupi.
Baju-baju mereka banyak tersangkut pada dinding-dinding menggunakan batang kayu atau tali yang diikat sendiri untuk dijadikan tempat sangkut pakaian. Ini menyebabkan keadaan bilik mereka berselerak dan tidak kemas dengan baju-baju yang bersangkutan di merata tempat.
Terdapat juga bilik-bilik yang tidak mempunyai lampu dan kipas yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengudaraaan. Kipas yang sedia ada sudah lama digunakan dan tidak memberi pengudaraan yang cukup di mana ia berpusing dengan perlahan walaupun sudah maksimum dibuka. Pelajar-pelajar mengadu panas dan terpaksa mengipaskan diri secara manual terutama di waktu tengahari.
Pengumpulan tilam, rangka katil dan perabot-perabot lain yang sudah rosak di suatu sudut di dalam beberapa buah bilik merosakkan pemandangan dan suasana bilik mereka yang mana ia menyempitkan lagi ruangan bilik mereka. Banyak perabot dan barangan lain yang tidak digunakan tersimpan di bilik mereka dalam keadaan yang berselerak dan tidak terurus.
Tangga ke tingkat atas diperbuat daripada kayu sudah bergoyang dan rosak sedikit kerana sudah lama digunakan. Ianya perlu diperbaiki untuk keselamatan para pelajar untuk turun dan naik tangga tersebut. Lantai bilik mereka di tingkat atas yang diperbuat daripada kayu juga mengalami sedikit kerosakan dan ada sebahagiannya tidak dilapik atau dialas dengan tikar getah.
Di suatu sudut dinding bilik mereka berlubang yang agak besar dan dinding mereka tidak ditampal dengan sempurna.
Berikut adalah gambar-gambar bilik mereka yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki untuk keperluan dan keselesaan pelajar-pelajar di sini untuk tinggal dan belajar dengan selesa dan sempurna.
Ø Keadaan sesetengah dinding yang tidak sempurna pembinaannya. Dinding-dinding bangunan yang tidak ditampal dan dicat dengan sempurna.
Ø Tempat sidai kain yang hampir runtuh memerlukan tempat yang sesuai dan sempurna untuk penjemuran pakaian.
Ø Keadaan belakang asrama yang berselerak dengan pelbagai barangan lama yang masih boleh digunapakai dan tidak boleh digunakan lagi dikumpulkan dan disimpan secara tidak teratur di belakang asrama ini.
Ø Perlu dibina sebuah stor lain atau mengemaskan stor yang sedia ada dan mengasingkannya mengikut kategori untuk kemudahan pencarian dan penggunaan semula. Contohnya stor makanan, stor barangan lama, stor sumbangan dan lain-lain.
Ø Perlu tempat pembuangan sampah yang sempurna.
PENUTUP
Kesemua perkara yang dinyatakan di atas perlulah mendapat perhatian secepat yang mungkin daripada pihak-pihak yang berkaitan dan dilaksanakan untuk kemudahan dan keselesaan pelajar-pelajar di sini sekaligus menarik pelajar yang lain untuk datang dan tinggal di sini. Pengumpulan pelajar di kalangan anak yatim dan yatim piatu akan memudahkan urusan pihak kebajikan dan penjaga untuk membela kehidupan anak-anak yatim ini yang kita sendiri sedia maklum kekurangan kasih sayang dan miskin untuk menampung hidup dan pelajaran mereka.
Kita bertanggungjawab untuk membela nasib anak-anak ini supaya tidak ketinggalan dalam kehidupan sendiri dan menjadi insan yang berguna dalam keluarga, agama, bangsa dan Negara. Jika golongan ini dibiarkan lama kelamaan menjadi banyak dan memberi kesan kepada Negara sekaligus menjatuhkan ekonomi dan imej Negara sebagai Negara Islam.