Sabtu, 6 Februari 2010
Makan Malam Bersama
Program = Makan Malam Bersama
Penganjur = Ibu Ummu Sofiah
Keinginan anak-anak yatim ini untuk makan malam di luar tercapai pada malam 5/5/2009 di mana penjaga dan keluarga bersetuju untuk membawa mereka makan di luar. Semua kakitangan pusat jagaan turut serta dalam makan malam tersebut.
Semua anak-anak yatim bersiap dan kami bertolak menaiki 2 buah van dan sebuah kereta dan kami memilih untuk makan malam di salah sebuah restoran di Sungai Bemban, Trong iaitu 20 minit dari Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah.
Makan malam ini telah ditanggung atau dibelanja oleh ibu Ummu Sofiah sendiri iaitu isteri pemilik atau pengasas pertama Haji Isa, Pusat Jagaan Anak-anakYatim Ummu Sofiah.
Kelihatan semua pelajar bergembira menikmati makanan dengan sepuas-puasnya di restoran ini dan kami pulang pada pukul 10.00 malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan