Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" ~ Adh-Dhuha (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com
"ANAK YATIM URUSAN BERSAMA"

Sabtu, 29 Mei 2010

Lawatan Muhibbah

Tarikh : 29 MEI 2010

Program : Lawatan Muhibbah

Penganjur : Persatuan Jururawat Malaysia, Cawangan Perak


 Ucapan daripada setiausaha Persatuan Jururawat Malaysia (cawangan Perak) 

 Ucapan daripada Pengetua Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah 



Penyampaian sumbangan kepada anak-anak Ummu Sofiah 



Taklimat kesihatan diberikan kepada anak-anak 



Cara-cara melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP) 


Bergambar beramai-ramai 

Seramai 15 orang kakitangan jururawat daripada kawasan Taiping, Ipoh, Bagan Serai dan lain-lain telah mengadakan lawatan muhibbah ke Pusat Jagaan kami pada jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Jururawat bahagian klinik telah membawa sarapan pagi iaitu nasi lemak manakala jururawat bahagian hospital pula telah mambawa makan tengah hari iaitu nasi tomato bersama ayam masak merah.

Mereka juga telah memberikan sedikit taklimat mengenai kesihatan kepada anak-anak disini. Antara tajuk yang diperbincangkan adalah:-

* Cara-cara penjagaan dan pemilihan pakaian dalam yang sesuai

* Cara-cara untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (PSP).

* Tanda-tanda awal perkembangan dan pertumbuhan remaja perempuan.

Program berakhir dengan pemberian sumbangan dan cenderahati oleh pihak penganjur kepada pengetua dan anak-anak jagaan di Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu sofiah. Semoga program sebegini akan terus dijalankan pada masa akan datang.