Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" ~ Adh-Dhuha (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com
"ANAK YATIM URUSAN BERSAMA"

Khamis, 3 Jun 2010

KEMASUKAN PELAJAR BARU DIALU-ALUKAN

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah ingin menjemput anak-anak yatim dari daerah-daerah yang berdekatan untuk tinggal di sini yang beralamat No.1, Kampung Jarum Mas, Sungai Nyior, 34800 Trong, Perak.


2. Untuk pengetahuan semua, pusat kami adalah berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (1499-08-PRK). Di sini kami sedia menampung semua perbelanjaan pendidikan, makan-minum, pakaian dan sara hidup sepanjang tinggal di sini.


3. Tujuan utama pusat jagaan ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dan lebih berorientasikan kebajikan. Sehubungan dengan itu jika terdapat anak-anak atau pelajar-pelajar yang berada dibawah jagaan atau pengawasan tuan/puan yang difikirkan tergolong dalam kumpulan ini, maka kami sedia membantu untuk menjaga dan memberi pendidikan kepada mereka.


4. Julat umur yang kami terima di pusat jagaan ini adalah dari 8 tahun hingga 17 tahun.
Sebarang urusan pertukaran sekolah (jika perlu) adalah diuruskan oleh pihak pentadbir dan pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan pihak kami.


Sekian terima kasih.


No.1,Kampung Jarum Mas,
Sungai Nyior,
34800 Trong,
Perak Darul Ridzuan.
Puan Faridah Binti Abdul Karim 019-568 7994