Welcome To Ummu Sofiah Orphanage. We need your help to move forward... Please help Us. Every donation we receive makes a difference. "Therefore, treat not the orphan with harshness" ~ Adh-Dhuha (Qur’an 93:9) http://ummusofiah.blogspot.com
"ANAK YATIM URUSAN BERSAMA"

Isnin, 20 Jun 2011

PROGRAM KEMASYARAKATAN - TLDM LUMUT, CAWANGAN SM KHID-LLP, KD MALAYA


TARIKH:           19 JUN 2011
PROGAM:          PROGRAM KEMASYARAKATAN
ORGANISASI:     TLDM LUMUT, CAWANGAN SM KHID-LLP, KD MALAYA


Seawal jam 8.00 pagi, kakitangan-kaitangan dari TLDM tiba beserta dengan peralatan-peralatan lengkap mereka. Program kemasyarakatan kali ini ialah gotong-royong membersih kawasan sekeliling, mengecat grill, pagar dan tembok utama, mengganti kipas-kipas siling serta memperbaiki ‘wiring’ di bilik komputer. Disamping beramah mesra dengan anak-anak yatim di sini, sumbangan ikhlas berupa pakaian, peralatan-peralatan tulis dan lain-lain juga diberikan.

Pihak kami sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran serta sumbangan yang diterima dari pihak TLDM Lumut, Cawangan SM KHID-LLP, KD MALAYA.

Semoga kita berjumpa lagi..















LAWATAN SINGKAT WAKIL PELAJAR DARI UTP, TRONOH


TARIKH:           17 JUN 2011
PROGAM:          LAWATAN SINGKAT
ORGANISASI:     WAKIL PELAJAR DARI UTP, TRONOH




Tujuan kehadiran pelaja-pelajar tersebut adalah untuk menjemput anak-anak yatim dari pusat ini menghadiri beberapa program yang bakal dianjurkan oleh pihak UTP, Tronoh.
Antara program-program tersebut ialah:

1.    Nama Program:       “Orphans Day”
Tarikh:                    3 Julai 2011

2.    Nama Program:       “International Iftar”
Tarikh:                    Akan dimaklumkan kemudian


Disamping beramah mesra dengan anak-anak yatim, wakil-wakil pelajar tersebut menyampaikan sumbangan bagi pihak pengurusan UTP iaitu dua (2) buah komputer meja.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tersebut.





Ahad, 19 Jun 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU RUMAH ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH SESI 2011


Assalamu'alaikum wbt



Para pembaca yang budiman…


Sukacita dengan hormatnya bahawa kami dari
PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM UMMU SOFIAH
masih membuka pendaftaran kemasukan pelajar baru
lelaki dan perempuan bagi sesi 2011.


Syarat-syarat kemasukan:
1. Mesti dikalangan anak yatim / yatim piatu.
2. Anak-anak perempuan berumur 7 - 17 tahun.
3. Anak-anak lelaki 7 - 12 tahun.


Pusat jagaan kami bersedia untuk menampung semua perbelanjaan
pendidikan, peperiksaan, makan-minum, pakaian serta sara hidup
anak-anak yatim selama mereka tinggal disini.


Untuk pengetahuan semua,
walaupun Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Ummu Sofiah
ini adalah di bawah tanggungan dan pengurusan persendirian,
pihak kami telah berdaftar dengan
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT.


Oleh itu, segala bentuk bantuan atau sumbangan amat dialu-alukan.
Sebarang pertanyaan,
bolehlah terus menghubungi nombor-nombor berikut:

05 – 8544 170
05 – 8544 637

019 – 5687 994
013 – 5099 032

* KAMI MEMOHON MAAF KERANA TIDAK MENGEMASKINI BLOG INI SEJAK OGOS 2010 ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.